PROJEK E-BIZNEZ
MOHD SHUKRIE JAMALUDDIN
Pengarah Urusan DJSNetwork
abemie_744@yahoo.com
MENU
Pelan Pendapatan
Kehebatan Program
Strategi Niaga
Profail Syarikat
Produk e-Biz
Daftar Keahlian
Jadual Program
LINKS
DPMM
DPMM Pahang
MARA
TEKUN
eNIAGA
BERNAMA
e-Dagang.Com
Utusan Malaysia
e-MELAKA
MOTIVASI NIAGA
Networking Biznez
Bina Insan Cemerlang
MENU CONTOH
Website e-Biz
Password Log-In




<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Pengurus Agensi Utara
AGEN DIPERLUKAN DISELURUH NEGARA
019-9625511
Sila Print dan Fotosat


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed


blogdrive

Jun 2, 2004
KEHEBATAN PROJEK E-BIZNEZ



( Strategi yang perlu digunakan untuk anda menerangkan kehebatn program ini kepada rakan-rakan anda yang berminat, Sila print dan edarkan )

1. MODAL SEKALI SEUMUR HIDUP


1.1              Modal adalah sekali seumur hidup, bergantung kepada kemampuan anda untuk menikmati ganjaran yang lumayan. Anda boleh membuat 2 pilihan modal RM339 (1 unit) atau RM937 (3 unit) . Anda boleh menambah unit-unit anda setelah memahami perjalanan sistem ini. Unit boleh ditambah sekiranya ingin mendapatkan ganjaran yang lebih besar pada masa akan datang.

 

 

2. TIDAK PERLU FIKIR SOAL  MAINTAIN BULANAN


2.1              Maintain bulanan biasanya akan menggagalkan seseorang dalam perniagaan MLM. Walaupun kita lihat ramai yang berjaya tetapi kebanyakkannya mengalami masalah untuk maintain bulanan kerana mereka menggunakan duit gaji untuk tujuan tersebut. Mereka tidak akan maintain sekiranya tidak mempunyai downline di bawah mereka, kerana apabila kita maintain yang mendapat kaeuntungan adalah upline di atas mereka. Ramai antara kita yang mempunyai ramai downline dalam perniagaan seperti ini, tetapi hampir 80% mereka tidak aktif bahkan tidak mahu maintain bulanan, akibat tiada downline di bawah mereka.

 

 

2.2              Dalam sistem ini, kaedah yang digunakan adalah belian semula. Di mana bila seseorang  berjaya mencapai pendapatan sehingga RM2000 dalam masa 60 hari, pihak syarikat akan membuat belian semula secara automatik “ automaintain”. Di sini jelas menunjukkan kita tiada tekanan dalam hal maintain. Dalam MLM lain, maintain bulanan perlu dibuat setelah menjadi ahli bermula pada bulan yang berikutnya, walaupun pendapatan kecil dan belum mempunyai ahli di bawah kita. Justeru inilah yang menyebabkan ramai ahli dibawah kita yang pada akhirnya gagal untuk maintain setelah mendapati pendapatan yang meraka terima lebih rendah daripada maintain bulanan. Contohnya kita mendapat bonus sekitar RM100 sahaja, kita tetap perlu maintain sekitar RM100 hingga RM200 sebulan (kebiasaan syarikat MLM). Inilah yang akan menyusahkan kita sebenarnya.

 

3. TIDAK PERLU FIKIR SOAL PRODUK


3.1       Masalah produklah yang menyebabkan ramai di antara kita yang pada awalnya bersemangat berkobar-kobar untuk berjaya dalam perniagaan tetapi akhir bertemu jalan buntu untuk mencapai kejayaan. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan dari kita ialah pemahaman tentang produk , persaingan yang dihadapi oleh yang sama dari syarikat lain dan banyak lagi. Justeru itu dalam mencari pendapatan sampingan kita tidak perlu dibebani dengan perkara-perkara yang remeh-remeh ini.

 

3.2       Kelemahan juga timbul jika sesebuah syarikat MLM mengeluarkan terlalu banyak produk, sedangkan kita hanya faham kehebatan satu atau dua produk sahaja. Masalah akan timbul bila pelanggan bertanyakan tentang produk-produk yang kita tidak tahu kegunaan dan khasiatnya. Inilah yang akan melemahkan semangat kita sebenarnya.

 

3.3       Ada sesetengah syarikat pula hanya mempunyai satu atau dua jenis produk, tetapi mempunyai khasiat untuk seribu macam penyakit untuk diubati. Kelemahan akan timbul bila kita hanya menghafal satu atau dua jenis penyakit sedangkan banyak lagi penyakit kronik yang sesuai untuk produk tersebut. Inilah yang menyebabkan ramai di kalangan kita masih terkial-kial untuk menghafal produk dan akhirnya hilang tumpuan tentang strategi untuk mendapatkan pendapatkan lumayan yang sepatutnya ditumpukan.

 

3.4       lantaran itulah dalam sistem ini anda tidak perlu fikirkan soal produk. Ini bukan bermakna tiada produk. Dengan bayaran penyertaan RM339 anda akan menerima satu produk. Jika tiada produk, sistem ini akan menjadi seolah-olah satu bentuk skim pelaburan pula. Apa yang penting anda tidak perlu fikir soal produk kerana anda tidak perlu maintain pada bulan berikutnya untuk membeli produk tersebut.

 

3.5       Dalam hal ini, pihak DJS Network menyarankan agar produk digunakan sebaik mungkin oleh anda, ataupun dihadiahkan kepada rakan-rakan yang mengalami masalah kesihatan dan sebagainya. Mungkin bila mereka menggunakannya dan mengetahui khasiatnya merekalah yang akan mempromosikannya produk tersebut dan membuat belian berikutnya dari kita. Kita yang akan mendapat keuntungan. Apa yang harus kita sematkan dalam minda ialah“ bagaimanakah untuk mendapatkan pendapatan lumayan RM100 hingga RM500 dengan sistem ini tanpa dibebani dengan unsure-unsur yang boleh menggagalkannya”

 

 

4. TIDAK PERLU SUSAH UNTUK MENAJA 

   

4.1       Masalah Menaja” atau “Sponsor” juga adalah satu perkara yang banyak menggagalkan kita dalam MLM (Direct Selling) selama ini. Masalah ini timbul apabila seseorang itu mempunyai sifat malu, pendiam, segan, kesian, simpati dan sebagainya. Mereka mahu berniaga dan mencari pendapatan tambahan, tetapi mereka tidak mahu menjual atau memperkenalkan perniagaan mereka kepada orang lain. Justeru itu bagaimanakah mereka ini akan menerima pendapatan lumayan?

 

 

4.2       Dalam Projek e-biznez, sebenarnya adalah satu teknik yang tidak membebankan seseorang di mana anda hanya perlu memperkenalkan kaedah ini kepada dua orang manusia (rakan-rakan) di dunia ini yang turut ingin mencari pendapatan tambahan ataupun mengeluarkan dirinya dari segala bebanan kewangan. Setiap ahli hanya akan mempunyai dua downline langsung di bawah mereka ( Binary ) 

                                               

 

4.3       Bagaimanakah sekiranya anda memperkenalkan sistem ini kepada ramai rakan anda? Dan mereka semua ingin menyertainya. Ini bermakna anda akan menikmati ganjaran yang lebih lumayan sebenarnya. Sekiranya anda mempunyai ramai rakan yang ingin menyertai, anda perlulah menyusun kedudukan mereka “One to One” . Ini kerana anda sudah mempunyai Projek e-biznez anda sendiri. (Bergantung kepada kebijaksanaan anda )               

 

5.  TIDAK PERLU SIMPAN  STOK

 

5.1       Masalah “Menyimpan Stok” sering menghantui kebanyakkan daripada kita. Dalam MLM ramai upline yang mengajar kita umtuk membeli pangkat, denganmelaburkan wang yang besar untuk membeli PV (Point Value) supaya cepat naik pangkat sedangkan kita sendiri tidak mempunyai rangkaian ahli yang ramai atau aktif. Inilah yang menyebabkan akan berlakunya penyimpanan stok barangan di rumah dan menyebabkan kita dihantui dengan bebanan untuk menjual dan sebagainya

 

5.2       langkah membeli pangkat dalam MLM sebenarnya menguntungkan upline sedangkan bagi kita ianya amatlah membebankan dan merugikan wang kita, walaupun barangan tersebut sebenarnya boleh dijual atau dipakai sendiri. Inilah yang sering melanda mereka-mereka yang terpengaruh dengan imbuhan kereta besar dan rumah mewah dalam MLM. Akibat perkara membeli pangkatlah, ramai yang akhirnya terus feed-up untuk menjalankan perniagaan yang lain (Fobia).

 

5.3       justeru itu bagi mengelakkan perkara ini berlaku dalam Projek e-biznez, anda tidak perlu bersusah payah untuk menyimpan stok barangan, lagipun anda sebenarnya tidak perlu maintain oleh itu mengapa harus anda menyimpan stok. Sedangkan untuk mendaftar sebagai ahli anda hanya perlu membeli “kod” sahaja dan barangan dihantar oleh syarikat ke rumah dalam masa 3 hari menggunakan perkhidmatan Nation Wide Express.

 

 

6.  PENDAPATAN HARIAN/ MINGGUAN

 

 

6.1       Dalam kebanyakkan MLM, syarikat membayar bonus kepada ahli-ahlinya dalam bentuk bulanan. Itupun mengambil masa yang agak lama contohnya antara 15 hingga 20 haribulan. Bayaran yang dibuat setelah syarikat membuat pengiraan bonus dan menutup akaun untuk bulan tersebut yang kebiasaannya setiap 10 atau 11 haribulan. Bayaran yang dibuat pula adalah dengan menggunakan cek berpalang, di mana kita pula perlu memasukkan cek tersebut ke akaun kita dan menunggu antara dua hingga tiga hari baru boleh mengeluarkan wang tersebut. Ini adalah kaedah lama yang biasa digunakan oleh kebanyakkan syarikat MLM di negara kita. Cuba bayangkan sekiranya kita memerlukan wang dalam masa menanti cek tersebut. Ramai yang telah pergi ke ibu pejabat syarikat semata-mata untuk mendapatkan cek sebelum diposkan kepada mereka. Inilah yang dapat dilihat dalam kebanyakkan ahli MLM yang menggunakan kaedah  “Konvesional”

 

6.2       Selaras dengan perkembangan dunia IT era cyber ini, kaedah baru telah diperkenalkan untuk kemudahan anda. Kaedah bayaran bonus dalam bentuk harian dan mingguan diperkenalkan. Kaedah ini dinamakan sistem e-banking di mana syarikat mengadakan kerjasama dengan Malayan Banking melalui kecanggihan Maybank2u untuk memindahkan pendapatan anda terus ke dalam akaun Maybank pada 15 dan 30 haribulan setiap bulan.


6.3      Untuk mendapatkan pendapatan harian pula, anda hanya perlu membuat “Transfer Fund” wang anda dalam akaun syarikat kepada akaun upline anda atau MSP . Dan upline akan memasukkan jumlah wang yang ditransfer ke dalam akaun Maybank anda 23 jam sehari. Dan anda boleh keluarkan wang tersebut dengan menggunakan ATM Kad dalam masa yang sama walaupun pada waktu malam atau awal pagi dan di mana jua anda berada. Segala “ Transaction List” ditunjukkan dalam website perniagaan anda.

 

 

7.  WEBSITE PERCUMA


7.1       Memandangkan perniagaan ini berkonsepkan e-dagang dan menggunakan kaedah IT, maka setiap ahli yang menyertainya akan menerima website peribadi masing-masing secara percuma untuk menjalankan perniagaan ini dengan lebih professional lagi menggunakan kaedah cyber.

 

7.2       Dengan website tersebut banyak data dan maklumat penting boleh anda semak setiap masa tanpa merujuk kepada syarikat.Anda mempunyai “Password” untuk membuka website dan akaun anda, ini bermakna akaun anda akan selamat dan tidak dapat dicerobohi oleh mereka-mereka yang berniat jahat atau sebagainya. Antara maklumat penting yang boleh anda perolehi melalui website tersebut ialah :

 

  1. Statement Potensi Pendapatan (Potential Income Statement/ Timbunan)
  2. Jumlah Pendapatan Harian Sebenar (Actual Statement/ Harian)
  3. Carta Hairarki Downline (Actual Geneology Tree/ Tiada Had)
  4. Laporan Kemasukan Harian Ahli (Daily Sign Up Report/ Kiri dan Kanan.
  5. Statement Pendapatan Bulanan (Monthly Income Statement)
  6. Statement Pendapatan Tahunan (Yearly Income Statement/ Income Tax)
  7. Lapoaran Keluar-masuk Wang (Transaction List/ Harian)
  8. Pemindahan Wang (Transfer Fund/ Bagi Mendapatkan Wang Harian)
  9. Status Akaun (Acconnt Status/ Wang Yang Tinggal Dalam Akaun “Up-Date”)

 

7.3       Debenarnya banyak lagi kemudahan lain yang boleh anda perolehi setiap masa dengan hanya membuka website perniagaan anda. Apa yang penting anda adalah Akauntan untuk perniagaan yang anda jalankan, di mana sebelum ini melalui sistem MLM kaedah lama semua data dan maklumat ini disimpan oleh syarikat dan hanya akan dihantar kepada anda setiap bulan. Malahan ada sesetengah syarikat yang mengenakan bayaran kepada anda semata-mata anda ingin mendapatkan maklumat peribadi hairarki downline anda selama anda menjalankan perniagaan dalam syarikat. Bukankah Projek e-biznez adalah satu kaedah yang terbaik bagi anda untuk mendapatkan pendapatan lumayan di alaf baru ini.

 

7.4       Di samping website syarikat MLM, anda juga dipersilakan menggunakan website DJSNETWORK untuk memudahkan segala urusan bagi memperkenalkan dan memberikan maklumat yang tepat kepada rakan-rakan anda yang berminat untuk menceburi perniagaan ini dari masa ke semasa.


8.   PENDAFTARAN ONLINE


8.1       Pendaftaran ahli untuk menyertai perniagaan ini adalah secara online dalam masa antara 5 hingga 10 minit sahaja. Anda tidak perlu mengisi borang kemudian menghantarkannya kepada stokis dan kemudian menunggu untuk menjadi ahli. Malahan pendaftaran diluluskan automatik, di mana anda akan diberikan saguhati berupa bonus tajaan sebanyak RM7.60 bagi setiap satu unit (RM339) apabila seseorang itu mendaftar sebagai ahli melalui website perniagaan anda. Anda boleh mendaftarkan sesiapa sahaja dari seluruh Malaysia walaupun mereka tiada bersama anda dengan syarat telah membuat bayaran untuk mendapatkan “Activation Code” dari Master Service Point   ( MSP) yang terdapat diseluruh negara dengan kadar harga iaitu RM339 (1 kod) RM937 (3 kod) .

 

 

9.  KOMISYEN L TANPA HAD LEVEL


9.1       Dengan menyertai kami anda akan menerima 3 ganjaran menarik setiap hari tanpa had level. Ganjaran tersebut ialah “Cash From Steps” di mana setiap kali ada ahli yang menyertai anda di kiri dan kanan anda akan menerima ganjaran RM57.00 setiap pasangan ahli ( Pair). Anda tidak perlu memikirkan kedudukan level ahli, kerana bayaran RM57.00 akan dibayar terhadap jumlah keseluruhan ahli di kiri dan kanan anda. Justeru masalah dari segi susunan dan kedudukan ahli tidak perlu difikirkan, apa yang penting anda hanya perlu fikirkan komisyen lumayan yang ditawarkan setiap kali ada ahli baru menyertai anda di kiri dan kanan.

 

9.2       Ganjaran atau komisyen ini adalah infiniti dan tiada had level. Ini bermakna anda akan menerima ganjaran tersebut berkekalan selagi ada kemasukan ahli baru di bawah anda, dengan syarat ianya berada di sebelah kiri dan kanan dan mempunyai “Pasangan”. Had maksima yang ditetapkan oleh syarikat bagi satu hari ialah 10 pasang, iaitu RM57 x 10 = RM570. Ini bermakna anda akan menerima RM570 setiap hari tidak termasuk bonus tajaan RM7.60 (Cash From Direct Referral). Justeru itulah anda menerima pendapatan maksima RM17,000 setiap bulan sekiranya anda membeli satu unit RM339. Ini berlaku sekiranya setiap hari ada kemasukan 10 pasang di bawah rangkaian anda iaitu RM570 x 30 hari = RM17,100 setiap bulan.

 

9.3         Di samping ganjaran tadi anda juga berhak menerima komisyen level (Level Income)  iaitu bermula dari level ke-6 hingga ke-9 anda akan dibayar komisyen RM1.90 bagi setiap unit. Komisyen ini juga akan diterima oleh anda setiap hari selagi ada kemasukan ahli baru pada level tersebut.

 

10.  TIADA HAD KEAHLIAN


10.1     Dalam kebanyakan syarikat MLM, mereka mengenakan syarat untuk kita menjadi ahli. Syarat tersebut ialah anda tidak dibenarkan menjadi ahli dalam syarikat yang sama selagi keahlian anda masih aktif. Anda juga terpaksa menunggu 6 bulan setelah keahlian dibatalkan “Terminate” baru boleh menjadi ahli semula dalam syarikat MLM yang sama. Ini akan merugikan anda, kerana kebanyakkan MLM tidak membenarkan suami dan isteri menjadi ahli dalam syarikat yang sama. Justeru itu pada setiap borang keahlian nama suami akan didaftarkan bersama nama isteri. Maka anda tidak dibenarkan menjadi ahli semula walaupun sebelum ini anda tidak aktif dalam syarikat terbabit.

 

10.2     masalah akan timbul apabila berlaku krisis antara anda dan upline anda, selagi anda masih menjadi ahli yang aktif selagi itulah upline anda akan menerima hasil di atas segala usaha anda. Inilah yang kebanyakkannya berlaku dalam mana-mana syarikat MLM. Masalah kecurian dowline sering menimbulkan perbalahan antara sesama ahli. Kecurian akan berlaku apabila anda terlalu aktif dan menyebabkan upline anda “Patah Kaki” atau “Senget” dan tidak menerima ganjaran yang setimpal dengan kedudukan mereka sebagai upline bila income anda lebih tinggi dari mereka.

 

10.3     Dalam Projek e-biznez ini, anda boleh menjadi ahli (Membeli Lot/ Unit) seberapa banyak yang anda suka dengan menggunakan berbagai nama akaun. Bahkan anda juga boleh membeli kembali akaun ahli yang tidak aktif  sekiranya mereka gagal bergerak sedangkan anda sudah menyusun downline di sebelah kiri atau kanan mereka.

 

Ke Laman Utama


Posted at 10:36 pm by djsgroup
Make a comment